Al Gore
Al Gore

Al Gore

Albert Arnold "Al" Gore, Jr. (lahir 31 Mac 1948) merupakan seorang ahli politik Amerika Syarikat, peniaga, aktivis perubahan cuaca serta pemenang Hadiah Nobel.Gore pernah menjadi ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Senator dari Tennessee, serta Naib Presiden Amerika Syarikat ke-45 dari 1993 hingga 2001. Beliau ditewaskan oleh George W. Bush dalam pilihan raya menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000. Pilihan raya itu menimbulkan banyak kontroversi, dan hanya diselesaikan melalui keputusan Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat.Selepas kekalahan itu, Gore telah mengubah fokusnya kepada fenomenon perubahan cuaca yang mengancam dunia kita. Beliau telah memberi kuliah di seluruh Amerika Syarikat serta dunia tentang topik ini, demi meningkatkan kesedaran warga dunia. Filem dokumentarinya, An Inconvenient Truth yang bertemakan pemanasan global berjaya memenangi Anugerah Academy Awards untuk dokumentari terbaik. Pertubuhan yang dipimpin oleh beliau, Save Our Selves telah menganjurkan konsert amal Live Earth yang berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh dunia pada 7 Julai 2007. Sebagai pengiktirafan kerjanya dalam bidang ini, Gore telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca pada 12 Oktober 2007.Walaupun kepopularan baru serta kejayaan tersebut banyak meninggikan peluang kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden 2008, Gore telah berulang kali menafikan hasrat untuk menyertai perlumbaan untuk menjadi calon Parti Demokratik dalam pilihan raya tersebut.